- Details
- Super User
- Hits: 292
SIJIL PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN
Ā
Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPL) merupakan kursus kemahiran di dalam melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan di dalam industri pelancongan. Ia digubal untuk mebina genrasi pekerjaĀ Ā masa depan yang berpengetahuan dan berkemahiran serta boleh berkhidmat dan menyumbang secara berkesan di dalam pelbagai aktiviti pelancongan
Ā
MatlamatĀ Ā unit ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang yang diperlukan oleh industri pelancongan. Kursus ini juga memberikan penekanan kepada pembinaan asas pengetahuan pelancongan.
Ā
Objektif utama unit ini ialah:
- Memberi peluang kepada individu yang mempunyai minat dan kecenderungan dalam mengembangkan potensi khususnya di dalam bidang Pelancongan dan Pengembaraan.
- Melahirkan tenaga kerja dan usahawan pelancongan dan pengembaraan yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran yang tinggiĀ Ā dalam bidang industri pelancongan.
- Memberi latihan kemahiran kepada masyarakat setempat melalui kursus jangka pendek yang ditawarkan di Kolej Komuniti.
Ā
Kursus Sijil Pelancongan dan Pengembaraan ini mengambil masa selama dua tahun (empat semester) yang meliputi tiga semester sesi pengajian dan satu semester bagi latihan industri/latihan praktikal di luar.
Ā
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengetahuan;
- Operasi agensi pelanconganĀ
- Asas kejurulatihan daratĀ
- Pengenalan pelanconganĀ
- Teknologi Maklumat KomunikasiĀ
- Asas kejurulatihan marin
- Pengendalian majlisĀ
- Pemandu pelancong alam semulajadiĀ
- Pemandu pelancong persiaranĀ
- Pertolongan cemasĀ Ā
- Kemahiran interpretasiĀ
- Kemahiran interpersonalĀ
- Tempahan dan tiketanĀ
- Sistem tempahan berkomputerĀ