KURSUS PROFESIONALISME BIDANG SUKAN (KLINIK SUKAN WOODBALL 2024)
Tempat : KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
Tarikh : 6 MAC 2024
Bilangan Peserta : 31 orang
Kumpulan sasaran : Kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak
Tenaga Pengajar: En.Zulkifli Bin Kamarudin, Presiden Persatuan Woodball Daerah Kinta
06 Mac 2024 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak telah mengikuti Kursus Profesionalisme Bidang Sukan iaitu Klinik Sukan Woodball bertempat di Padang Woodball Kolej Komuniti Sungai Siput. Kursus ini telah dihadiri oleh Yang Setia Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Puan Sayani Binti Hj Saidon, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Negeri Perak, pegawai-pegawai dan kakitangan dari Pejabat Pengarah, FRAM, BPK, Bahagian Latihan, Zon 1 Perak, AJK PERISMA, Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Gopeng, Tambun, Bagan Serai, Seri Manjung, Setiawan, Meru Raya, Tapah dan Tanjung Malim.
Majlis penutup dan penyampaian sijil telah dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Rizal bin Omar Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput, Encik Abdul Kadir bin Ibrahim, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Puan Rozana binti Ahmad Hanip, Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Norhana binti Mohd Ismail, Pegawai Sukan dan semua Jawatankuasa yang terlibat. Kursus ini adalah kerjasama Unit PSH, Unit Sukan dan Kelab Woodball KKSS (KEWKOSS).
Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik permainan sukan woodball, peraturan permainan dan pengurusan pertandingan sukan woodball. Sukan woodball telah mula diperkenalkan di Taiwan pada tahun 1990 oleh mendiang Mr Weng Meng Hui dan dibawa ke Malaysia pada tahun 1995 oleh Mr Thomas Kok.
Sukan woodball ialah sejenis sukan yang mirip pada sukan golf dan amat mudah dimainkan tanpa mengira umur atau keadaan fizikal badan. Ianya merupakan sejenis sukan yang sesuai untuk semua lapisan komuniti.