MAJLIS MENANDATANGANI SURAT HASRAT RAKAN KOLABORASI STRATEGIK PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK telah berlangsung pada 25 JUN 2024.
Β 
Majlis ini adalah bertujuan mewujudkan hubungan kolaborasi bersama syarikat industri bagi perkongsian ilmu, kepakaran, peralatan dan tempat latihan untuk kemudahan PdP kepada Alumni, Komuniti, Staf Dan Pelajar Unit Teknologi Elektrik (SKE) , Industry On Campus (IOC), Unit Perhubungan Industri & Alumni dan kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) seperti yang ada dalam Sijil Kerjasama (LOI) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Pihak Industri yang terlibat adalah Encik Mohd Noor Bin Mat Isa dari CMN Skills Solution Sdn Bhd dan Encik Muhamad Amirul Bin Mohd Habib dari Amifa Success Solution. Majlis juga dihadiri oleh Haji Ahmad Rizal Bin Haji Omar (Pengarah KKSS), En.Abdul Kadir Bin Ibrahim (Timbalan Pengarah Pengurusan), Encik Mohd Zairulniza Bin Jaludin (Timbalan Pengarah Akademik), Pn. Suzzana Binti Noordin (Pengerusi Industry On Campus) Pn Zaleha Binti Ridzwan (Ketua Program Telnologi Elektrik) dan Semua Pensyarah Sijil Teknologi Elektrik.
Β