MAKLUMAN KOLEJ KOMUNITI

SEJARAH PENUBUHAN KOLEJ KOMUNITI KPTM

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.


Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Sehingga tahun 2007, sebanyak 35 buah Kolej Komuniti telah beroperasi di seluruh negara. Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) bagi membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan objektif penubuhan Kolej Komuniti.


Pada Mac 2004 Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia ditukarkan di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

SEJARAH KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT.


KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT mula beroperasi pada Mac 2003 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah, Sungai Siput.
Pengambilan pelajar kumpulan pertama adalah pada jun 2003.


Kursus yang mula-mula ditawarkan di sini ialah Sijil Teknologi Maklumat yang jumlah pelajarnya 60 orang. Pada Julai 2004, Kolej Komuniti Sungai Siput telah berpindah ke kampus tetap di Sungai Sejuk. Kapasiti pelajar telah bertambah secara berganda.

 
PERANAN




KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT ditubuhkan untuk melahirkan lulusan yang mempunyai kemahiran praktikal, pengetahuan akademik serta kemahiran generik dalam bidang kejuruteraan, multimedia, khidmat sosial dan perniagaan di peringkat sijil sebelum memasuki alam pekerjaan atau sebagai asas kepada peningkatan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.


KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT juga menyediakan pendidikan dan latihan sepanjang hayat kepada masyarakat setempat bagi meningkatkan lagi kualiti hidup.