PAUTAN EPSH

Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat 

KURSUS PENDEK

 

PENGENALAN

Kolej Komuniti Sungai Siput melalui Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat menyedia dan menawarkan pelbagai Kursus Pendek dan Kursus Latihan Khas Akaun Amanah kepada komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio ekonomi melalui program sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah alih.

Kursus-kursus ini adalah antara elemen yang sangat penting dalam perlaksanaan program dan aktiviti di Kolej Komuniti Chenderoh selaras dengan misi dan visi yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia.

OBJEKTIF

  • Menganjurkan dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan.
  • Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula untuk keperluan tenaga kerja setempat.
  • Menyediakan rangkaian strategik untuk pengukuhan sosio-ekonomi dalam kalangan pelanggan setempat dan pemegang taruh.
  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkan komuniti setempat