klik di siniย SMART GREENย KKSS

ย 

Tujuan Penubuhan SmartGreen KKSS

Mewujudkan budaya hijau dan melestarikan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dalam pengurusan mampan disamping kepakaran dalam bidang pengajian masing-masing dan melahirkan pekerja kolar hijau selari dengan matlamat transformasi Politeknik dan Kolej Komuniti serta menjadikan Malaysia negara maju yang berpendapatan tinggi dan rendah karbon pada tahun yang akan datang.ย 

Objektif penubuhan smartgreen kkss
  1. Menjadi rujukan dan panduan kepada semua Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam halatuju strategik pengurusan mampan.

  2. Memastikan bahawa aspek pembangunan mampan sejajar dengan pengurusan strategik Politeknik dan Kolej Komuniti.

  3. Memantapkan dan menambah baik halatuju pengurusan strategik ke arah mencapai pengiktirafan Politeknik dan Kolej Komuniti mampan.

  4. Meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan mampan dan meningkatkan daya saing dalam teknologi hijau di persada antarabangsa.