PROGRAM UPAYA BAKAT - KURSUS TIKTOK
Tempat : KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
Tarikh : 3 MAC 2024
Bilangan Peserta : 15 orang
Kumpulan sasaran : Belia Komuniti Sungai Siput & Ipoh
Tenaga Pengajar: En Anuar Affandy bin Ahmad, KPDN Ipoh
SINOPSIS KURSUS:
Peserta di ajar pengenalan aplikasi TikTok mengenai tujuan dan faedah. Cara manaikkan personal branding supaya setiap peserta dapat menonjolkan diri dalam persaingan sihat bersama usahawan lain di media sosial.
Peserta juga diajar seni menggunakan telefon pintar dari segi membuat kontent yang meletup, dan diajar cara mengedit video melalui aplikasi capcut agar hasil video adalah ditahap yang maksimum.
Peserta juga didedahkan dengan Aplikasi Tiktok Seller, agar dapat mempelbagaikan sumber pendapatan dengan menjual segala produk yang ada kedalam aplikasi tersebut
dan akhir sekali peserta diajar menggunakan Apliksi Whatsapps Bussiness dalam mempermudahkan lagi peserta berdepan dengan pelanggan yang ramai.
Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi aspirasi buat peserta dalam menceburi minat-minat tertentu pada masa akan datang.
Jom Mohon Kursus di Kolej Komuniti Sungai Siput
 
PROGRAM CUTI SEKOLAH
KURSUS SANDWICH CHEF CILIK
Tempat : KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
Tarikh : 4/3/2024
Bilangan Peserta : 20 ORANG
Kumpulan sasaran : 6 - 12 tahun
SINOPSIS KURSUS : Peserta diberi pendedahan tentang cara penyediaan sandwich. Dua menu sandwich telah dipilih dalam kursus ini. Melalui kursus ini dapat memberi peserta pengalaman dan pengetahuan berkaitan pemakanan sihat. Selain itu ia juga mampu memupuk sifat kreatif, inovatif dan semangat kerjasama anak-anak serta menyemai minat memasak dalam kalangan kanak-kanak. Kursus ini merupakan wadah terbaik buat anak-anak bagi memanfaatkan cuti persekolahan mereka dalam suasana yang santai dan paling penting adalah menyeronokkan.
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PROGRAM CUTI SEKOLAH
KURSUS DIY SOLAR KIY
Tempat : KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
Tarikh : 5 MAC 2024
Bilangan Peserta : 20 Orang
Kumpulan sasaran : Pelajar sekolah berumur 7-12 tahun
SINOPSIS KURSUS :
Kursus DIY Solar Kit merupakan mainan eksperimen saintifik yang melatih keupayaan praktikal untuk meningkatkan keupayaan pemikiran secara inovatif dalam memberi pengalaman baru peserta sebagai jurutera. Peserta perlu memasang kereta solar secara DIY dan diberi peluang untuk menguji pemasangan mereka dibawah cahaya matahari.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PROGRAM CUTI SEKOLAH
KLINIK WOODBALL
Tempat : KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
Tarikh : 5 MAC 2024
Kumpulan sasaran : Pelajar sekolah berumur 7-12 tahun
SINOPSIS KURSUS :
Peserta akan didedahkan cara membuat pukulan yang baik dalam permainan woodball dan cara mengira markah dalam permainan woodball
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
PROGRAM CUTI SEKOLAH
KURSUS ASAS ARDUINO MENGGUNAKAN BLOCK PROGRAMMING
Tempat : MAKMAL KOMPUTER KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
Tarikh : 29 FEBRUARI 2024
Kumpulan sasaran : Pelajar sekolah berumur 10-15 tahun
SINOPSIS KURSUS :
MBLOCK merupakan perisian pendidikan STEAM yang menggunakan perkakasan arduino bagi pembelajaran secara gamifikasi.Ia mudah digunakan dengan hanya seret dan lepas block pengaturcaraan untuk menghasilkan projek.
JOM Mohon Kursus di Kolej Komuniti Sungai Siput
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PROGRAM UPAYA BAKAT - KURSUS CANVA
Tempat : KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
Tarikh : 1 MAC 2024
Bilangan Peserta : 15 orang
Kumpulan sasaran : Belia Komuniti Sungai Siput & Ipoh
SINOPSIS KURSUS:
Peserta di ajar cara mencipta logo perniagaan, merekabentuk bunting dan banner. Selain itu peserta diberi pendedahan untuk merekabentuk kad perniagaan dan risalah. Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi aspirasi buat peserta dalam menceburi minat-minat tertentu pada masa akan datang.