4 Mac 2024- Aktiviti pelajar, Pemasangan CCTV di Unit Peperiksaan KKSS oleh pelajar semester 3 Program Sijil Teknologi Elektrik (SKE).
Program ini dapat memberikan keyakinan kepada para pelajar dan memantapkan kemahiran dalam pemasangan CCTV.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
7 Mac 2024- Aktiviti Pelajar kali ini ialah CSR Servis Penyaman Udara di Surau Al-Islamiyah, Kg. Muhibbah Sg. Siput.
Program ini disertai 9 orang pelajar dan 3 orang staff bertujuan untuk menambahkan keyakinan kepada para pelajar sebelum menempuh latihan industri dalam bidang pemasangan dan servis penyaman udara.
Program ini juga merupakan sumbangan khidmat bantu para pelajar Sijil Teknologi Elektrik (SKE) kepada komuniti setempat.
 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
JPP & PRISS LEADERSHIP CAMP KKSS 2024 telah diadakan dengan jayanya pada 8-9 Mac 2024 (Jumaat & Sabtu) bertempat di Kolej Komuniti Sungai Siput dan Ipoh Heritage Trail.
Program ini telah disertai 38 orang pelajar yang terdiri daripada JPP dan PRISS.
Tujuan penganjuran kem ini adalah untuk memupuk nilai kepimpinan, bertanggungjawab, keyakinan, komunikasi, hormat dan memupuk sikap seorang pemimpin dikalangan JPP dan PRISS KKSS bagi tahun 2024. Ini selari dengan tagline kem iaitu " Young Leaders: Dare To Lead"
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
Penglibatan dua orang pelajar semester 2 Program Sijil Teknologi Elektrik iaitu Mohd Adam Haris Bin Mohd Zohri dan Muhammad Adam Iman Bin Nizal di dalam Program FIRA Autonomous Robot (Sumo Robot) anjuran Kolej Komuniti Seberang Jaya yang telah berlangsung pada 4 Mac 2024 sehungga 6 Mac 2024 bertempat di Kolej Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang. Program ini merupakan pendedahan awal kepada peserta bagi menyertai Program Sisipan 17th FIRA Malaysia Cup 2024 yang akan diadakan di Politeknik Sutan Azan Shah, Behrang pada 21-26 April nanti.
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
2/3/2024 Seramai 11 orang Pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRISS)menawan Bukit Botak@Bukit Berekeh yang terletak di Kg Bawong,Sg. Siput, Perak pada ketinggian 454 m / 1489 ft. Ekspedisi pendakian bermula seawal 3.30 pagi bermula dari Orang Asli One Stop Center (OAOSC) Bawong. Selepas mengharungi trek yang cukup mencabar dan 5 puncak bukit akhirnya kumpulan kami tiba dengan selamat pada jam 5.30 pagi di Puncak Bukit Berekah. Kami dihidangkan dengan panorama matahari terbit yang cukup mengasyikkan.
Terima kasih diucapkan kepada YB Kesavan dan Pejabat Ahli Parlimen Sungai Siput diatas penganjuran program yang cukup bermakna dan mencabar ini. Lebih manis lagi program ini turut disertai oleh Pengarah KKSS dan juga Pegawai Pembangunan Pelajar sebagai tanda sokongan kepada program-program di daerah kecil Sungai Siput. Moga akan ada lagi program seumpama ni pada masa-masa akan datang yang boleh disertai oleh warga KKSS.