Maklumat korporat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya,Kolej Komuniti Sungai Siput berjaya menghasilkan laman Web Rasmi KKSS. Terlebih dahulu tahniah dan syabas diucapkan kepada AJK laman web KKSS kerana telah berusaha untuk membangunkan dan mengemaskini laman web KKSS selaras dengan maklumat terkini.

 

Penerbitan halaman web KKSS ini adalah untuk memaparkan dan mendedahkan maklumat semasa berkaitan dengan kolej komuniti Sungai Siput agar ia dapat menjadi sebahagian sumber maklumat serta sebagai bahan rujukan penting yang boleh dikongsi bersama dan dapat memberi input yang berguna kepada semua warga kolej serta  juga kepada para pembaca laman web ini.

 

Pada semester lalu pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh warga kolej ini bagi meningkatkan kualiti modal insan dan melahirkan individu unggul. Saya berharap agar semua warga KKSS dapat meningkatkan daya saing dan kecemerlangan bagi melahirkan insan yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, serba boleh dan kreatif serta mempunyai etika kerja yang positif dan nilai kerohanian yang tinggi. Usaha membangunkan laman web ini bukanlah tugas yang mudah " Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya". Komitmen semua pihak diperlukan dalam usaha membangunkan laman web ini.


Justeru itu, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada AJK laman web KKSS yang banyak mencurahkan masa, tenaga, idea dan kreativiti bagi menjayakan penerbitan laman web ini.

 

Selamat Melayari laman Web KKSS 

Sekian Terima Kasih.

Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput.

HAJI AHMAD RIZAL BIN OMAR

PENGARAH KKSS DH52

SELAMAT MAJU JAYA DI TAHUN  2024