Terima kasih buat Haji Ahmad Rizal bin Omar diatas segala khidmat bakti dan sumbangan beliau dalam memacu kecemerlangan KKSS selama ini. Tahniah dan selamat datang buat Encik Muhammad Hatta bin Ibrahim selaku Pengarah yang baharu di KKSS. Untuk makluman semua, Haji Ahmad Rizal akan ditempatkan di Politeknik Ungku Omar manakala Encik Muhammad Hatta bin Ibrahim merupakan mantan Pengarah di Kolej Komuniti Teluk Intan sebelum ini. Semoga insan-insan hebat ini akan terus cemerlang dimana mereka berada.